Tel : +6011-63307877

BERITA | MALAYSIA COVID-19: Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 hingga 31 Mac – PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai Rabu ini, 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perintah kawalan tersebut dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

“Keutamaan kerajaan pada masa ini adalah mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat.

“Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin,” kata Muhyiddin dalam perutusan khas mengenai situasi semasa COVID-19 pada Isnin malam.

Beliau berkata, tindakan ini mesti diambul kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang berkemungkinan meragut nyawa rakyat negara ini.

“Kita tidak boleh menunggu lebih lama sehingga keadaan menjadi lebih meruncing.

“Tindakan drastik perlu diambil dalam kadar segera untuk menyekat penularan wabak ini dengan cara mengehadkan pergerakan orang ramai.

“Inilah satu-satunya cara untuk kita mengelakkan lebih ramai rakyat negara ini dijangkiti wabak yang boleh meragut nyawa,” tambahnya.

Perintak Kawalan Pergerakkan
-Sumber Astro Awani
 
Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semua Hak Cipta Terpelihara © 2020 WOW Color Solution (NS0235908-K)

HQ : 2007, Jalan Warisan Puteri A69/1, 70400 Seremban

Branch : 19, Jalan PBS 14/3 Taman Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan