Tel : +6011-63307877

Apakah Kriteria Logo Yang Baik Untuk Syarikat Anda?

Apabila selesai daftar syarikat baharu, maka timbullah fikiran untuk bikin logo. Tapi logo bagaimanakah yang terbaik untuk syarikat anda?


Fungsi & Objektif Logo

Pada asasnya, logo adalah lambang atau identiti visual yang memperkenalkan jenama. Apabila logo anda berjaya mendapat tempat di mata dan ingatan masyarakat umum, jenama anda akan mudah dikenali dan dipilih di antara banyak jenama yang lain.

Apabila direka dengan baik, bentuk logo yang unik untuk sesuatu jenama dapat dicam dengan jelas di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Semua orang boleh menghasilkan logo lebih-lebih lagi di zaman bermacam-macam online dan mobile app untuk reka grafik. Siap ada logo template. Tinggal pilih dan tukar nama je…TAPI, syarikat atau jenama anda memerlukan ‘the right’ logo.

Siapa yang boleh hasilkan ‘the right’ logo untuk anda? Apakah pula ciri-ciri yang anda harus pertimbangkan?

Sebuah logo tidak terus menjual, ia memperkenalkan – Paul Rand.

5 Prinsip Reka Bentuk Logo Yang Efektif

Simple

Pengenalan identiti dalam bentuk visual tidak seharus serabut. Ia harus ringkas dan mudah dikenali dan dicam oleh orang ramai. Lambang, simbol, huruf atau gabungan di antaranya bukanlah seperti reka bentuk poster yang kita nak letak semua maklumat di dalamnya.

Logo adalah “lambang” pengenalan identiti. Logo yang baik ialah yang masih boleh dikenali walaupun dengan hanya satu warna (contohnya: hitam).

Scalable

Setiap rekaan logo harus boleh diubah saiznya dari yang besar hingga ke yang kecil (minimum) tanpa menjejaskan bentuk pengenalan identiti. Ada reka bentuk logo yang apabila dikecilkan, hilang perincian tertentu seterusnya menjejaskan bentuk logo tersebut.

Pereka hendaklah menguji saiz logo. Tentukan had saiz minima logo.

Memorable

Anda mahu orang kenal dan ingat jenama. Jadi anda mahu orang lihat lambang tertentu dan terus ingat tentang jenama anda. Paling baik jika jenama lain menggunakan pilihan subjek yang hampir sama dengan logo anda tetapi orang ramai masih ingat kepada jenama anda. Anda menang.

Proses nak bagi orang “ingat” ini memerlukan strategi pembangunan jenama juga bukan setakat bergantung kepada reka bentuk sahaja.

Versatile

Sekiranya, jenama anda menggunakan pelbagai medium dan platform, logo anda haruslah ‘versatile’, iaitu mampu diguna pakai pada pelbagai susunan, saiz, warna, ikon dan taip tanpa menjejaskan pengenalan identitinya.

Relevant

Logo haruslah “relevant”, iaitu boleh diterima tanpa mengira tempoh waktu tertentu. Yang tidak relevant biasanya rekaan logo yang mengikut trend grafik semasa. Contohnya, 2-3 tahun lepas, timbul trend “long shadow” dan trend ini telah menurun. Tak ramai lagi yang menggunakannya. Jika, logo anda dibuat berdasarkan trend ini, orang ramai akan “merasakan” yang jenama anda juga turut pudar.

Pendek kata, rekaan yang relevant adalah “timeless”.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

One thought on “Apakah Kriteria Logo Yang Baik Untuk Syarikat Anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semua Hak Cipta Terpelihara © 2020 WOW Color Solution (NS0235908-K)

HQ : 2007, Jalan Warisan Puteri A69/1, 70400 Seremban

Branch : 19, Jalan PBS 14/3 Taman Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan