Categories
Uncategorized

7 Perkara Penting Untuk Anda Lakukan Untuk Jenamakan Perniagaaan Anda

Apabila kita hendak meletakkan jenama untuk syarikat atau perniagaan kita, benda yang pertama kita fikir adalah bagaimana untuk menjadikan perniagaan kita hebat dan berkualiti. Ingat sahaja tentang jenama hebat mesti kita terfikir tentang jenama Coca-Cola, Pepsi, Nike, Puma, Adidas dan sebagainya.

Tetapi sebagai seorang yang ingin melakukan perniagaan kecil, semestinya kita takut untuk melakukan pelaburan sehingga impian untuk meletakan jenama yang hebat pada perniagaan kita sia-sia sahaja.

Sebenarnya lebih mudah untuk kita lakukan daripada kita bayangkan. Tetapi kita lebih banyak melakukan kesilapan yang tak disangkakan. Untuk melakukan penjenamaan antara beberapa perkara yang kita patut lakukan adalah :-

1. Memahami peranan dan kuasa jenama. Misalnya pembelian kasut dalam talian. Bila kita bercerita pasal kasut online benda yang terfikir dalam kepala adalah kasut zalora. Itu adalah peranan kuasa jenama apabila terfikir sahaja tentang barangan yang hendak dibeli terus terfikir tentang jenama itu.

Menentukan jenama anda juga penting dari perspektif SEO (Search Engine Optimization). Google akan menaikkan senarai carian kita di tangga teratas sekiranya ramai yang klik pada jenama kita dan gemar untuk mengunakan jenama kita sebagai carian online/talian. Lebih banyak klik maka ramai pelanggan yang gembira dengan kehadiran jenama kita. Maka hasil carian jenama dan web akan lebih tinggi tanpa kita sedari.

2. Menetapkan identiti jenama yang dibina. Jadi anda tahu bahawa anda boleh mengembangkan jenama anda tetapi bagaimana? Apa sebenarnya yang diperlukan untuk meletakkan identiti pada jenama kita? Berikut adalah senarai perkara yang perlu anda perlu ambil berat.

i) Logo (Logo perlu ada tak kisah murah atau mahal asalkan ada konsep yang diketengahkan dan orang tahu logo kita berkaitan apa. Ambil yang profesional pun boleh asalkan membantu kita menjenamakan perniagaan kita, mereka lebih arif).
ii) Warna Jenama (Warna penting tengok contoh McD warna jenama adalah merah dan kuning)
iii) Taglines (Abam Dherbs guna terlajak laris , orang kenal dan tahu sebut je terlajak laris kenal produk dah)
iv) Jenis tulisan, pastikan anda gunakan 1 jenis tulisan untuk dikenalpasti awam. Jangan guna banyak-banyak akan mengelirukan orang awam.
v) Suara pelik yang akan keluar dalam radio dan tv dan beberapa iklan dalam media sosial. Orang senang ingat senang tahu apa perniagaan kita.
vi) Letak satu maskot ataupun jurucakap. Mungkin kita sendiri jadikan diri kita senang diingati kepada awam.
Senarai ini adalah beberapa jenis yang perlu anda tahu dalam menjenamakan perniagaan anda. Tanpa list diatas penjenamaan anda akan kurang konsistensi dan arah yang diperlukan untuk berjaya. Sekiranya ada pendapat yang lain tambah supaya setiap info akan kita gunakan untuk kekalkan konsistensi untuk berjaya.

7 Stupid Branding Mistakes Your Small Business is Making

3. Mengekalkan imej jenama anda. Lihatlah bagaimana logo klasik Coca Cola telah berubah dari asalnya pada tahun 1887. Walaupun ada sedikit perubahan, rupa dan konsep masih lagi kekal setelah lebih dari 127 tahun.

Peniaga-peniaga kecil boleh belajar pelajaran dari gergasi industri minuman ini. Apabila memulakan proses penjenamaan, pastikan ia tidak terlalu banyak perubahan dari asal. Untuk logo pula anda tidak perlu melibatkan enam warna yang berbeza, dan ia tidak perlu mempunyai unsur grafik dari individu yang berbeza dan berlainan dari syarikat anda. Unsur bersih dan kemas lebih cenderung untuk diingati oleh pengguna, elakkan menjenamakan syarikat anda dengan pelbagai benda-benda rumit contoh tagline rumit dan logo susah diingati.

4. Jangan melompat ke perangkap penjenamaan yang samar-samar. Jangan kita pergi ke arah bertentangan dari garis panduan jenama kita. Misalnya kita tertarik dengan konsep best-selling book dan dari agensi “pemenang anugerah” sebenarnya tidak bermakna apa-apa. Itu cara mereka menarik kita untuk membeli jenama mereka supaya dijadikan contoh, itu adalah cara marketing mereka.

Daniel Burstein, pengarah MECLABS menyatakan penulisan ini adalah omong kosong dan samar-samar sahaja. Kita patut kekalkan dimana kita bermula dan tidak terpesong dengan omong kosong yang ditulis oleh agensi-agensi berikut.

JADI APA PENYELESAIANNYA? Penggunaan bahasa, logo dan imej yang jelas adalah paling penting dalam membuat jenama kita.

5. TIDAK MENIPU pada garis panduan jenama anda. Anda telah membuat garis panduan yang teliti dan mulakan sasaran pemasaran anda akan tetapi setelah dua bulan anda tukar cara pengiklanan anda menambah sedikit warna dan konsep di luar dari jenama anda.

Bolehkah kita lakukan? Sudah tentu boleh tetapi perlu diingati setiap kali kita menyimpang kita akan mengurangkan kuasa jenama anda sedikit demi sedikit kerana anda memperkenalkan jenama yang baru pula kepada pelanggan anda.

6. Menghalang penggunaan jenama anda. Membangun dan melaksanakan garis panduan jenama perniagaan kecil anda hanya separuh perjalanan perniagaan kita. Di samping itu, anda harus proaktif mengenai pemantauan di mana dan bagaimana orang lain menggunakan unsur berjenama anda bagi pihak anda. Jika tidak, anda boleh mempunyai pesaing yang membuat logo yang kelihatan serupa, laman web semakan menggunakan logo anda dan tidak menyambung semula atau rakan kongsi menerbitkan iklan yang memaparkan logo anda tetapi dengan warna yang salah.

Sesetengah isu ini mungkin kecil, tetapi dalam situasi lain, mungkin diperlukan tindakan undang-undang.

7. Jangan melakukan perubahan jenama dengan buruk. Tidak ada yang salah dengan penjenamaan semula tetapi ingatlah apa-apa perubahan yang anda buat pada jenama anda mestilah mantap supaya manfaatnya benar-benar melebihi risiko kehilangan perniagaan. Jika anda membuat keputusan untuk membuat perubahan, anda perlu mendidik pengikut anda dengan jelas mengenai perubahan yang anda buat.

Walaupun penjenamaan sudah lengkap, disiplinkan diri dengan pemasaran yang konsisten dan tidak terlalu rumit. Semoga kita semua berjaya dalam dunia perniagaan ini.