Categories
Uncategorized

Lagenda Bola Sepak Diego Maradona Meninggal Dunia

LEGENDA bola sepak, Diego Maradona dilaporkan meninggal dunia pada usia 60 tahun.Agensi berita BBC melaporkan, bekas pemain tengah dan pengurus pasukan Argentina itu mengalami serangan jantung di rumahnya di Buenos Aires.

Maradona sebelum ini menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku pada otak awal November lalu, selain pernah menjalani rawatan kerana ketagihan alkohol.

Beliau yang diiktiraf sebagai salah seorang pemain terhebat dalam sejarah, menjadi kapten ketika Argentina memenangi Piala Dunia 1986, dengan persembahan permainan yang luar biasa.Beliau juga bermain untuk kelab Barcelona dan Napoli semasa zaman kegemilangannya selain memenangi dua gelaran Serie A bersama pasukan di Itali itu.Dalam satu kenyataan di media sosial, Persatuan Bola Sepak Argentina, menyifatkan pemergian Maradona menyebabkan kesedihan yang amat mendalam.”Ia kesedihan yang amat mendalam atas kematian legenda kami. Anda akan selalu di hati kami,” kata persatuan itu.

-Sumber astroawani

Categories
Uncategorized

Terkini: 36 Kes Baharu Dilaporkan, Paling Rendah Sepanjang Tempoh PKP & Tiada Kematian Terbaru

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 36 kes baru Covid-19 menerusi sidang media Perkembangan Terkini Covid-19 di Malaysia.

 

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sehingga 20 April 2020 jam 12 tengah hari, terdapat 36 kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif positif 5425 kes. Ini merupakan jumlah harian paling terendah disahkan.

 

Bagaimanapun, seramai 45 orang masih dirawat di Pusat Rawatan Rapi (ICU) termasuk 28 orang perlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian yang dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kematian kekal kepada 89 kematian.


-Sumber siakapkeli

Categories
Uncategorized

9 Cara Mulakan Perniagaan Walaupun Anda Masih Baru Mula

“Saya ingat nak mula buat bisnes. Apakah cara memulakan perniagaan yang bagus pada masa sekarang ni ya?”

Itu adalah soalan yang biasa ditanya oleh mereka yang baru nak buat bisnes. Ya lah, dah tengok kawan-kawan buat bisnes, kita pun nak cuba samalah.

Terdapat beberapa petua dan cara untuk memulakan perniagaan sendiri.

Berikut adalah 9 cara memulakan perniagaan walaupun anda masih baru.

Tapi sebelum itu…

bagaimana memulakan perniagaan

Perlukah Buat Bisnes Tanpa Modal?

Tidak dinafikan, bergantung dengan satu pekerjaan dan pendapatan pada hari ini tidak lagi menjanjikan keselesaan dalam kehidupan.

Apatah lagi yang mempunyai tanggungan keluarga dan komitmen bulanan yang besar.

Maka ramai yang mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Tapi bagaimana cara hendak memulakan perniagaan?

Itulah soalan yang sering berlegar di fikiran mereka yang ‘kosong’ tentang bisnes.

Pernah tak ternampak iklan sama ada di surat khabar, kaca televisyen mahu pun menerusi flyers yang mengatakan anda boleh mulakan bisnes tanpa modal?

cara memulakan bisnes

Rata-rata orang percaya cara memulakan perniagaan pasti memerlukan duit, iaitu modal.

Atas ‘kepercayaan’ itu, ramai yang menangguhkan niat memulakan perniagaan dengan alasan tiada modal untuk bermula.

Sebenarnya, anda masih boleh memulakan perniagaan anda walaupun tanpa modal.

9 Cara Memulakan Perniagaan

cara memulakan perniagaan sendiri

1. Buat bisnes secara part-time, teruskan kerja makan gaji seperti biasa

Anda tak perlu buat keputusan tergesa-gesa dengan berhenti kerja hanya kerana hendak berniaga.

Gaji daripada pekerjaan yang anda lakukan sekarang boleh digunakan untuk melunaskan komitmen setiap bulan di samping digunakan sedikit untuk menjayakan perniagaan.

Kaedah ini juga dapat mengelakkan anda untuk membuat pinjaman institusi kewangan.

Untuk mereka yang memilih kaedah ini, pastikan anda pandai membahagikan masa di antara kerja hakiki dan bisnes part-time ini.

2. Rumah Sebagai Operasi Perniagaan

cara memulakan bisnes dari rumah tanpa modal

Memandangkan anda masih baru dalam berbisnes, apatah lagi mungkin kekurangan modal awal, maka mulakan operasi anda dari rumah.

Apabila bisnes mula berkembang, barulah anda cari lot kedai atau sewa pejabat bangunan untuk meneruskan operasi.

Malah ramai usahawan hari ini menjadikan kedai kopi seperti Starbucks sebagai pejabat atau ‘coworking space’ kerana lebih jimat dan mudah.

Ia memudahkan operasi serta menjimatkan ruang untuk aktiviti bisnes anda seperti berjumpa klien dan menyiapkan tugasan.

3. Perniagaan berasaskan kemahiran anda

‘Love what you do’ atau ‘do what you love’ – Pernah dengar tak pepatah sebegini?

Dalam hidup kita pasti mempunyai sesuatu perkara yang paling kita suka lakukannya.

Anda perlu kenalpasti apakah kemahiran dan kegemaran yang anda manfaatkan sebagai perniagaan untuk membantu orang lain yang memerlukannya.

Contohnya, anda pandai berbahasa Mandarin dan sering memuatnaik video berkaitan perbualan seharian di laman Youtube.

Apa kata gunakan kemahiran itu untuk tujuan mendidik anak-anak kecil pula?

Apatah lagi hari ini ramai ibu bapa mementingkan penguasaan bahasa ketiga selepas Bahasa Inggeris.

Anda boleh menggunakan saluran Youtube untuk memuatnaik video ringkas dengan penggunaan effect yang boleh menarik minat kanak-kanak.

Daripada situ, anda boleh buka kelas mengajar Bahasa Mandarin secara online atau offline.

Pendek kata, sekiranya anda ada skill yang diperlukan oleh orang, jadikannya sebagai perniagaan anda.

4. Jual barangan terpakai

9 cara memulakan perniagaan anda walaupun anda baru lagi menceburi dalam bidang perniagaan antaranya adalah jual beli barang terpakai. Contohnya, anda mungkin gemar membeli-belah pakaian atau koleksi buku yang tidak digunakan lagi.

Hari ini terdapat pelbagai aplikasi online seperti Mudah.com, Carousell dan Shopee untuk menjual semula barangan terpakai.

Ini merupakan cara memulakan perniagaan paling mudah untuk anda yang baru hendak menjinakkan diri untuk berniaga.

5. Buat Sistem Barter

Jika anda mahu berniaga berasaskan makanan, anda masih boleh menggunakan kelengkapan sedia ada di rumah. 

Jika perniagaan semakin berkembang, barulah anda boleh membeli kuali, periuk atau sebagainya dengan saiz lebih besar.

Atau boleh buat sistem pertukaran barang di mana anda tawarkan servis yang pemiliknya perlukan.

Sebagai contoh, anda hendak tawarkan khidmat potong rumput, dan ada jiran anda yang sudah berusia mempunyai mesin pemotong rumput yang tidak lagi digunakan.

Apa kata anda tawarkan khidmat secara percuma kepada pemiliknya dan sebagai pertukaran anda simpan dan gunakan mesin potong rumput miliknya.

6. Jadi Ejen Dropship Atau Produk

Kaedah ini juga menjadi pilihan ramai orang yang baru menceburkan diri dalam perniagaan.

Anda tak perlu keluarkan modal, tak perlu simpan stok dan tak perlu lakukan penghantaran produk kerana ia dilakukan oleh vendor.

Menariknya anda akan perolehi keuntungan hingga 40% untuk setiap produk.

7. Berjimat!

Kan baru mula berniaga, maka elakkan menunjuk-nunjuk dan berlagak seolah anda sudah raih untung berjuta-juta ringgit.

Untuk permulaan, ikat perut di awal memulakan perniagaan.

8. Mula Berniaga di Bazar Ramadhan

Ada juga yang menggunakan kesempatan berniaga di bulan Ramadhan sebagai asas untuk memulakan perniagaan.

Tak kisahlah makanan, baju atau persiapan raya, boleh dikatakan semuanya laku pada musim ini.

Keuntungan yang anda perolehi sepanjang berniaga pada bulan ini boleh dijadikan modal untuk berniaga selepas bulan puasa dan raya.

9. Daftar Perniagaan Dengan SSM

Bagi sesiapa yang mahu memulakan perniagaan, syarat mendaftar kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pastinya menjadi kewajipan.

Ada orang bersemangat apabila mendaftar perniagaan mereka dan mahu berniaga dengan lebih baik untuk menambah pendapatan.

pengiraan akaun untuk yang baru memulakan perniagaan

Tahukah anda?

Setiap perniagaan yang dijalankan sama ada kecil atau besar perlu mempunyai pengiraan akaun yang betul.

Antara kelebihan pengiraan akaun yang betul:

– dapat mengenalpasti kedudukan kewangan syarikat

– mengelakkan penyelewengan,

– merancang percukaian syarikat bagi tahun semasa dan

– merancang strategi pengurusan risiko.

Sumber

www.tazc.com.my

Berikut adalah 9 cara memulakan perniagaan anda walaupun anda baru lagi menceburi dalam bidang perniagaan.

Categories
Uncategorized

Membina Logo Perniagaan Terbaik dan Penjenamaan Terbaik

Dalam membina logo perniagaan terbaik kita kena kena ambil tahu dua jenis perkara dalam membentuk perniagaan kita iaitu penjenamaan dan reka bentuk logo.

Dua perkara ini adalah berbeza kenapa?

Terdapat dua persepsi iaitu reka bentuk logo dan penjenamaan adalah perkara yang sama. Kadang kala kedua-dua istilah ini nampak sinonim. Bagaimanapun kedua maksud dan cara proses dilakukan adalah sangat berbeza.

Reka bentuk logo ialah proses merekabentuk logo manakala penjenamaan proses untuk membina jenama. Oleh itu, untuk lebih memahami perbezaan antara reka bentuk logo dan penjenamaan, penting untuk kita terlebih dahulu mentakrifkan konsep logo dan jenama.

Definisi logo

Logo adalah simbol grafik dalam memudahkan orang awam mengenali syarikat, produk komersial atau mana-mana entiti awam atau swasta. Ini adalah salah satu cara membezakan jenama dunia yang penuh kompetitif dan penuh unsur grafik yang cuba menarik perhatian kita dengan pelbagai unsur grafik yang menarik pelanggan. Logo kebiasaannya adalah kombinasi huruf, grafik/ simbol serta warna. Ia adalah elemen grafik yang merupakan bahagian daripada identiti sesebuah jenama.

Untuk contoh : Logo CHANEL


Cuba lihat pada logo CHANEL. Logo CHANEL adalah salah satu logo paling terkenal di kalangan jenama mewah. Ia terdiri daripada dua yang huruf C yang bertentang dan perkataan CHANEL ditulis dalam huruf BESAR. CHANEL menggunakan logo perkataan di dalam website. Manakala logo C bertentangan pula digunakan dalam packaging. Logo juga dibentuk dalam pelbagai bentuk mengikut jenis penggunaan. Bukan hanya satu jenis sahaja tetapi mengikut kesusaian penggunaannya.

Definisi jenama

Jenama adalah idea atau imej yang ada dalam pemikiran kita ketika memikirkan produk, perkhidmatan dan aktiviti yang akan dijalankan oleh syarikat atau perniagaan kita. Baik secara praktikal mahupun emosional. Sentuhan dan idea sesorang itu juga dapat menghasilkan jenama, logo, produk dan identiti visual dan idea pengiklanan.

Sebagai contoh : Jenama CHANEL


Setelah melihat logo CHANEL tersebut dan jika anda dah terbiasa dengan jenama itu, beberapa imej dan emosi akan masuk dalam fikiran anda dan mungkin seperti foto di atas. Sesetengah orang mungkin merasakan mewah dan keanggunan, ingat pengasas jenama tersebut sebagai ikon fesyen, memikirkan produk (solekan, pakaian dan aksesori) dan lain-lain. Pengalaman dan persepsi akan berbeza bagi setiap kita. Walau bagaimanapun, jenama lain juga menjalankan strategi menjalankan idea dan jalan yang sama seperti CHANEL lakukan.

Apakah perbezaan antara reka bentuk logo dan penjenamaan?

Reka bentuk logo ialah proses merekabentuk logo.

Penjenamaan adalah proses membina jenama. Untuk lebih spesifik, ia adalah strategi yang direka oleh syarikat untuk membantu orang untuk mengenal pasti produk dan organisasi mereka dengan segera, dan memberi mereka alasan untuk memilih produk mereka daripada pesaing-pesaing mereka. Strategi penjenamaan menjelas dan menerangkan apakah jenama kita.

Penjenamaan boleh dilakukan melalui penggunaan dan cara yang berbeza. Beberapa elemen yang digunakan dalam strategi penjenamaan adalah:

• Definisi jenama: tujuan, nilai, janji
• Kenyataan kedudukan jenama
• Identiti jenama: nama, nada suara, reka bentuk identiti visual (yang merangkumi reka bentuk logo)
• Pengiklanan dan komunikasi: TV, radio, majalah, iklan luar, laman web, aplikasi mudah alih …
• Penajaan dan perkongsian
• Reka bentuk produk dan pembungkusan
• Pengalaman dalam kedai
• Pengalaman kerja dan gaya pengurusan
• Khidmat Pelanggan
• Strategi harga

Seperti yang dapat kita lihat, reka bentuk logo adalah salah satu cara yang digunakan untuk merekabentuk identiti visual sebuah jenama.

Kenapa logo begitu penting untuk tujuan penjenamaan?

Walaupun logo hanya salah satu unsur penjenamaan, kemungkinan besar akan muncul pada pandangan pelanggan dan pelanggan akan ingat kerana selalu ternampak di laman web, brosur, alat tulis, produk, bungkusan, iklan, pakaian seragam, kedai dan sebagainya.

Oleh itu, logo perniagaan terbaik boleh dianggap sebagai salah satu unsur grafik utama yang membolehkan orang ramai mengenali organisasi, produk dan perkhidmatan dengan cepat. Dan selalunya, ia akan menjadi perkara pertama yang akan digunakan oleh orang untuk mengenal pasti anda.

Inilah sebab mengapa logo yang direka dengan baik sangat penting untuk tujuan penjenamaan:

  1. Logo yang direka dengan baik membolehkan orang ramai mengenali dan mengingati jenama anda dengan cepat
    Logo adalah salah satu perkara utama untuk mengenal pasti pelanggan dan pemegang kepentingan yang lain. Ia akan membantu kemudian untuk mengesan jenama anda dalam masa beberapa saat, merentasi saluran yang berbeza dan titik sentuhan.
  2. Ia mewujudkan konsistensi ke atas saluran komunikasi yang berbeza
    Dalam dunia hari ini, perniagaan dan organisasi wujud di pelbagai platform, termasuk laman web, blog, media sosial, acara, risalah, risalah, kad perniagaan, dan sebagainya. Mempunyai logo serba guna akan membolehkan anda mewakili jenama anda dengan cara yang konsisten merentas semua yang berbeza saluran komunikasi dengan baik sekali.
  3. Ia adalah sebahagian daripada identiti jenama anda.
    Logo jenama atau organisasi anda akan menjadi sebahagian daripada identiti jenama (visual) anda. Ini sangat penting, kerana ia akan menjadi salah satu alat utama untuk menggambarkan nama jenama, nilai dan keperibadian anda secara grafik kepada seluruh orang yang anda berkomunikasi.
  4. Ia memupuk imej profesional dan menimbulkan harapan orang ramai.
    Orang ramai akan mengharapkan jenama itu bagus bermula dengan logonya. Reka bentuk logo yang baik yang dibuat oleh pereka pakar akan menjadikan jenama anda menonjol, tetapi juga kelihatan lebih dipercayai dan boleh dipercayai. Selain itu, mengambil pereka logo akan meningkatkan peluang anda untuk memiliki logo yang unik, inovatif, dan mencerminkan identiti jenama anda.
  5. Ia akan membezakan jenama anda dari pesaing-pesaing anda.
    Kita boleh bermain dengan logo untuk membentu jenama yang kita inginkan supaya berbeza dari pesaing-pesaing kita. Penggunaan warna, bentuk, gaya, dan tipografi yang berbeza untuk reka bentuk logo adalah cara yang baik untuk menunjukkan apa jenama anda berbeza dengan pesaing anda. Reka bentuk logo yang berkaitan juga akan membantu orang mengingat jenama dalam industri.
  6. Ia boleh memudahkan hubungan emosi dengan pihak berkepentingan anda dan meningkatkan kesetiaan jenama anda.
    Ingatan mereka akan lekat dengan logo anda sekiranya logo anda senang diingati. Reka bentuk logo yang baik akan membantu meningkatkan ingatan orang ramai terhadap organisasi anda dan bagaimana perasaan mereka. Sekiranya perasaan positif, sama ada orang itu berpotensi klien, pekerja atau pembekal, logo itu akan menyumbang kepada hubungan emosinya dengan jenama anda kerana berikut juga merupakan elemen lain dalam strategi penjenamaan anda. Ini adalah sesuatu yang telah kita lihat pada tahun 2010 apabila jenama pakaian Gap memutuskan untuk menukar logonya dan ramai pengguna berasa sangat kecewa dengan reka bentuk logo baru yang syarikat itu memilih untuk kembali kepada yang asal.

Kesimpulannya

Untuk membuat kesimpulan, logo dengan sendirinya adalah elemen grafik yang mewakili jenama, manakala jenama adalah gabungan semua aspek ketara dan tidak ketara yang mewakili organisasi. Tanpa jenama itu, logo itu tidak akan mempunyai makna sebenar, ia hanya akan menjadi elemen grafik.

Apabila digabungkan, logo yang direka dengan baik dan strategi penjenamaan yang berkesan membantu organisasi dapat mencapai impian perniagaan mereka dengan cara yang berkesan.Tetapi kita juga perlu mewujudkan jenama yang berdaya tahan dan terkemuka di industri. Jika anda seorang usahawan dan melihat ke arah membina jenama baru, jangan memandang rendah kepentingan logo. Logo yang direka dengan baik dan jika sejajar dengan strategi penjenamaan keseluruhan anda. Ia akan menjadi pelaburan yang memuaskan untuk jenama dan organisasi anda dalam jangka panjang. Setakat itu penjelasan saya terhadap penjenamaan terbaik dan logo perniagaan terbaik.

Categories
Uncategorized

Perkara Wajib Kita Tahu Untuk Cipta Logo Produk dan Perniagaan

Logo berkait rapat dengan jenama. Sekiranya logo kita baik dan berkesan, orang akan ingat dengan mudah logo itu. Logo yang baik boleh diletak di mana saja terutama dalam pengiklanan, ia akan serlahkan di mata orang yang melihatnya.

perkara-wajib-kita-tahu-untuk-cipta-logo-produk-dan-perniagaan-program-usahawan

Menurut Schalles Williams, seorang pengurus kandungan kreatif di LogoGarden, menyatakan sebaik saja kita membuat logo untuk bisnes dan mula membina jenama untuk permulaan, adalah penting untuk wujudkan garis panduan jenama yang sesiapa saja boleh ikut. Ketahui garis panduan jenama berikut :

Warna Logo

Kenal pasti warna teras logo kita adalah penting untuk identiti jenama. Gagal untuk kenal pasti kod khusus warna hex serta RGB (untuk web) boleh membawa kepada kekeliruan. Penting untuk kenal pasti logo versi hitam dan putih dan apa-apa perubahan boleh digunakan.

Warna adalah sesuatu yang boleh menangkap mata. Kajian penting telah dijalankan pada nilai warna dan kesan ia pada minda manusia. Ia adalah satu fakta bahawa setiap warna menyebabkan reaksi yang tertentu.

Memahami psikologi warna adalah penting untuk mereka bentuk logo yang berkesan, Penggunaan warna boleh bawa pelbagai makna. Berhati-hati memilih warna untuk tingkatkan unsur-unsur dalam logo dengan menggunakan bayangan dan tona.

Warna-warna terang dan berani menarik perhatian tetapi boleh tunjukkan ganas. Makna tertentu berkait warna yang berbeza dalam masyarakat :

  • Merah : semangat, agresif, kehangatan, haba, bahaya atau pencerobohan. Ia juga dapat meransang selera makan yang menjelaskan mengapa ianya banyak digunakan dalam banyak restoran dan logo produk makanan.
  • Oren : inovasi dan pemikiran moden, membawa kepada keseronokkan, kemampuan.
  • Kuning : perlu hati-hati digunakan kerana mempunyai beberapa maksud negatif termasuk menandakan sebagai amaran. Tetapi ia adalah warna cerah, mesra dan warna yang mampu meransang selera makan.
  • Hijau : syarikat guna apabila menekankan unsur semula jadi seperti makanan organik dan vegetarian. Maksud lain juga adalah pertumbuhan dan kesegaran yang popular dengan produk kewangan.
  • Biru : Salah satu warna yang banyak digunakan dalam logo syarikat. Membayangkan sebagai profesionalisme, berfikiran serius, integriti, keikhlasan, tenang, kuasa dan kejayaan. Sebab itu ia popular dengan institusi kewangan dan badan kerajaan.
  • Ungu : Royalti, kemewahan, kebijaksanaan, maruah, dan warna kekayaan.
  • Hitam : mempunyai personaliti berpecah iaitu tunjukkan kuasa dan kecanggihan dan sisi lain pula menunjukkan kejahatan dan kematian.
  • Putih : kesucian, kebersihan, kesederhanaan dan kenaifan. Banyak syarikat akan memilih untuk mempunyai versi warna dan versi putih untuk logo mereka. Sebagai contoh, Coca-Cola muncul dalam putih pada tin merah tetapi digunakan dalam merah apabila diperlukan pada latar belakang putih.
  • Coklat : Maskulin dan sering digunakan untuk kehidupan luar bandar dan di luar rumah.
  • Merah jambu : Menyeronokkan dan feminin. Ia selalu dielakkan untuk produk bukan untuk wanita.

logo

Boleh kita bayangkan jika pereka untuk Coke tidak mempunyai garis panduan tertentu, dan mampu untuk menambah baik warna?  Warna yang bermula sebagai merah klasik boleh digantikan dengan warna oren dan menyebabkan jenama itu jatuh.

Warna merah yang klasik telah dikenali di seluruh Amerika untuk Coke.  Warna merah dan dengan perkataan M yang berwarna kuning telah dikenali dengan McDonald’s di seluruh dunia.

coco-cola

mc-d

Standard Saiz Untuk Logo

Penting untuk mempunyai skala pada logo untuk kekalkan integriti. Banyak jenama seperti eBay mempunyai standard yang mana logo boleh diterbitkan semula. Dengan menyatakan saiz yang minimum, kita dapat lindungi logo kita daripada tidak dapat dibaca.

Penting untuk jelaskan bahawa logo tidak perlu diregangkan atau diperluaskan untuk dimuatkan ke dalam ruang tertentu. Ini membantu menjaga kebersihan, garis kekemasan dan akan halang pelanggan daripada sukar menyahkod imej atau nama yang diregangkan.

business-strategy-program-usahawan

Strategi adalah satu elemen yang penting bagi kejayaan sesebuah perniagaan. Perancangan strategik adalah berkaitan dengan masa, kemahiran dan motivasi diri.

Fonts

Jika logo berasaskan teks, akan mengambil masa untuk dicipta. Gagal untuk sediakan garis panduan boleh bererti logo kita akan diterbitkan dengan font yang salah, atau jenama disengetkan sedikit. Condong sedikit dari masa ke semasa membawa perubahan yang besar yang tidak lagi menunjukkan jenama kita.

Selain dari font yang digunakan dalam logo, mana-mana tagline, font laman web atau cetakan harus kekal konsisten dan sejajar untuk bantu kukuhkan jenama kita. Gagal untuk kenal pasti font  dan warna yang sesuai boleh bertukar kepada tidak konsisten.

Satu contoh klasik ialah logo Fed Ex yang menggunakan kombinasi huruf E dan x yang membentuk anak panah. Ini adalah salah satu contoh logo yang menggunakan font yang kelihatan biasa pada pandangan pertama tetapi dedahkan maklumat yang menarik dan luar biasa apabila diperhatikan lagi.

Samsung dan Toshiba pula menggunakan font yang konsisten dalam logo mereka. Jika ditukarkan kepada font yang lain, orang akan keliru dengan identiti mereka.

samsung

Mewujudkan satu jenama untuk perniagaan kita adalah satu aset yang terbesar bagi perkembangan perniagaan dan dapat membantu pelanggan untuk berhubung dengan produk atau servis kita. Tanpa logo yang jelas, bakal pelanggan boleh hilang sebelum mereka berhubung dengan jenama kita.

Anda boleh mengupah designer luar untuk memberi pandangan mengenai logo perniagaan anda juga di samping perkongsian yang kami berikan di atas. 

Sumber – ProgramUsahawan.com

Categories
Uncategorized

[SAYU] Al-fatihah Abah

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera buat semua.

Pertamanya saya ini memanjangkan rasa syukur berterima kasih buat seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan setiap insan yang mendoakan kebaikan & kesejahteraan arwah abah kami.

Baik yang hadir di media sosial mahupun yang datang menziarahi secara peribadi melalui ‘Private Message’.

Terima kasih SEMUA.🙏🤝

Pastinya ucapan penghargaan terima kasih juga ditujukan buat setiap kakitangan ‘frontliners’ yang bertungkus lumus membantu urus bukan sahaja arwah abah kami tapi pesakit-pesakit lain juga.

Semoga ladang pahala kalian ini akan subur mekar senantiasa untuk dipetik tuai di akhirat sana kelak.🤲🏻

Terima kasih yang tidak akan pernah bernoktah buat kalian semua.

TERIMA KASIH semua.🙏🤝

Namun memandangkan berita kematian arwah abah kami telah tersebar di media arus perdana, ingin saya tampil membuat sedikit penjelasan dan kronologi jangkitan virus Covid19 yang menyebabkan kematian arwah abah kami.

Ini juga bagi menjawab rasa prihatin yang diterima & rasa bimbang yang disuarakan daripada ahli keluarga, jiran tetangga serta sahabat handai tentang status kesihatan ahli keluarga terdekat arwah yang lain terutamanya kami.

Semoga catatan ini juga nanti mampu menghapus tanggapan kurang senang orang luar yang mungkin timbul serta menenangkan hati setiap orang yang pernah berurusan dengan kami sepanjang tempoh wabak ini menular terutamanya buat pelanggan-pelanggan Kedai Lampu An-Nur Kuantan yang mungkin ada rasa resah dek mengetahui yang saya adalah salah seorang keluarga terdekat mangsa Covid19 ke-8.😷

Untuk makluman semua, Alhamdulillah kami sekeluarga yang berada di Kuantan sekarang TIADA langsung sebarang sentuhan fizikal dengan arwah abah kami sebaik kes ini menular kerana sebaik pulang dari Ijtimak Sri Petaling, arwah berkeputusan untuk terus keluar meneruskan perjalanan dakwahnya di sekitar Kelantan.

Dan ahli keluarga di Kelantan yang pernah sekejap ada ‘direct contact’ dengan arwah telahpun disahkan negatif Covid19.

Alhamdulillah.🤲🏻

UPDATE : 20.02.2020 adalah hari terakhir keluarga kami di Kuantan bertemu arwah kerana pada hari tersebut arwah berkeputusan untuk balik ke Kelantan menyambung usaha dakwahnya dan seterusnya ke Ijtimak Sri Petaling.😥

Berikut adalah kronologi kes arwah abah kami sebagai mangsa Covid19 ke-8 :

✅13 Mac 2020 | Jumaat

Kami dimaklumkan arwah telah membuat saringan awal bersama rakan2 tabligh yang lain di Markas Dusun Raja.

✅16 Mac 2020 | Isnin

Arwah dimasukkan ke Hospital Tumpat akibat demam yang berlarutan. Disahkan +ve C19 namun pihak keluarga kami tidak dimaklumkan oleh arwah mungkin untuk mengelak kebimbangan bersarang di hati kami.

✅ 18 Mac 2020 | Rabu

Arwah dipindahkan ke unit rawatan rapi Hospital Raja Perempuan Zainab 2(HRPZ).

*Pada tarikh ini kami tidak dimaklumkan & masih belum mengetahui status keberadaan arwah.

✅ 19 Mac 2020 | Khamis

Sekitar jam kurang lebih 2.00 petang, pihak polis datang ke rumah keluarga di Kelantan memaklum nyuruh wakil keluarga pergi ke unit ICU HRPZ2.

Sekitar jam kurang lebih 4.00 petang, baru kami TAHU & JELAS bahawa arwah +ve C19 setelah mendapat panggilan doktor yang meminta kami menghantar seorang wakil ke sana memaklumkan yang kesihatan arwah agak tenat.

✅ 20 Mac 2020 | Jumaat

Seharian menunggu khabar terbaru namun tiada kerana pihak kami diarah maklum untuk tidak menghubungi pihak hospital. Hanya pihak hospital sahaja yang akan telefon kemaskini status pesakit pada keluarga.

✅ 21 Mac 2020 | Sabtu

Sekitar jam kurang lebih 3.00 pagi mendapat panggilan daripada doktor meminta wakil keluarga hadir segera ke hospital kerana keadaan pesakit sudah kritikal.

Di khabarmaklum organ2 penting arwah sudah tidak berfungsi.🥺

Sekitar jam kurang lebih 2.00 petang pula, sekali lagi pihak hospital hubungi maklumkan yang keadaan pesakit semakin tenat kritikal untuk diselamatkan. Namun waris belum dibenarkan untuk datang ke hospital lagi.

Sekitar jam kurang lebih 3.30 petang, dihubungi doktor memaklumkan arwah telah selamat kembali ke rahmatullah dan disahkan kematiannya secara rasmi jam 4.00 petang.😥

✅ 22 Mac 2020 | Ahad.

Sekitar jam kurang lebih 3.30 pagi arwah abah kami, mangsa C19 ke-8 selamat disemadikan di keheningan malam Israk Mikraj.😔

Sesungguhnya kami ahli keluarga arwah redha sepenuhnya akan pemergian arwah. Arwah sendiri pernah berkali memberitahu kami yang beliau ingin pergi bertemu Sang Pencipta dalam waktu keluar dakwah di jalan agama.

Alhamdulillah, hasrat hajatnya itu disempurna makbulkan oleh Ilahi.

Kami percaya arwah pergi dalam keadaan khusnul khatimah apatah lagi meninggal disebabkan wabak yang diberi ganjaran syahid kecil.

Insyaa Allah. Aminnn.🤲🏻

Berehatlah abah, mudah2an penat dakwah abah di dunia ini telah terangkat sepenuhnya di malam istimewa Israk Mikraj ini dan menjadi saksi kebahagiaan abah di alam nan kekal abadi.

Semoga tenang, senang & lenang di sana.

Much LOVE,
NN♥️

Penafian : foto yang dikongsi ini adalah foto lama yang diambil pada 12.12.2019 yang lalu semasa arwah dimasukkan ke hospital atas sebab sakit yang lain.

Boleh rujuk link di bawah untuk semakan :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219854901553644&id=1553646498

Dan gambar ditangkap spontan tersenyum bersama ini akan menjadi gambar kenangan terindah buat menantumu ini bersama puteri sulung yang dicinta kasihmu itu.😔🥺😥

 

Sumber FB – Muhamad Amin Bin Lateh

Categories
Uncategorized

6,077 Korban COVID-19 di Itali

ROM, 29 Rejab 1441H, Selasa – Jumlah kematian akibat serangan wabak COVID-19 di Itali meningkat sebanyak 602 pada hari Isnin – peningkatan terkecil selama empat hari – manakala jumlah kes baharu juga perlahan sekali gus meningkatkan harapan bahawa fasa paling agresif wabak itu mungkin berlalu.

Agensi Perlindungan Awam berkata, bilangan kematian akibat jangkitan bulan itu sebanyak 6,077, manakala kes disahkan 63,927, peningkatan sebanyak 4,789 dalam tempoh 24 jam.

“Hari ini kemungkinan hari positif pertama yang kami alami dalam bulan yang sukar,” kata pegawai kesihatan tertinggi di wilayah utara Lombardy, Giulio Gallera,

Bagaimanapun, terdapat juga kejatuhan ketara dalam jumlah ujian yang dijalankan, dan Ketua Institut Kesihatan Kebangsaan Itali, Silvio Brusaferro berkata, ia masih terlalu awal untuk mengatakan kemerosotan kematian harian baru-baru ini dan kes baru akan berterusan.

Kesatuan di Lombardy sebelum ini mengumumkan bahawa mereka akan mogok pada hari Rabu untuk melindungi kesihatan pekerja, dengan mengatakan keputusan kerajaan menutup perniagaan untuk sementara waktu kerana kecemasan COVID-19 mengandungi terlalu banyak kelemahan.

“Hari ini kemungkinan hari positif pertama yang kami alami dalam bulan yang sukar,” kata pegawai kesihatan tertinggi di wilayah utara Lombardy, Giulio Gallera,

Bagaimanapun, terdapat juga kejatuhan ketara dalam jumlah ujian yang dijalankan, dan Ketua Institut Kesihatan Kebangsaan Itali, Silvio Brusaferro berkata, ia masih terlalu awal untuk mengatakan kemerosotan kematian harian baru-baru ini dan kes baru akan berterusan.

Kesatuan di Lombardy sebelum ini mengumumkan bahawa mereka akan mogok pada hari Rabu untuk melindungi kesihatan pekerja, dengan mengatakan keputusan kerajaan menutup perniagaan untuk sementara waktu kerana kecemasan COVID-19 mengandungi terlalu banyak kelemahan.

Dekri kerajaan yang ditandatangani pada hari Ahad berkata, semua perniagaan ‘penting’ mesti ditutup sehingga 3 April dan menetapkan senarai panjang pengecualian yang dianggap penting untuk memastikan rantaian bekalan Itali berjalan.

Itali merupakan negara yang paling teruk dilanda pandemik pernafasan yang mana 62 peratus kematiaan direkodkan di Lombardy, rantau paling kaya dan ramai penduduk.

Lebih daripada 15,400 orang meninggal dunia akibat COVID-19 di seluruh dunia.

Menurut data Johns Hopkins University, dianggarkan 100,000 daripada 362,000 orang yang didiagnosis dengan wabak itu di seluruh dunia telah pulih. – Agensi

Categories
Uncategorized

PENTING | Logo Adalah Imej Perniagaan

Pengguna lihat logo, ingat anda

 

Rekacipta logo memainkan peranan yang penting dalam perniagaan. Simbol yang kecil yang diberi nama ‘logo’ boleh memberi impak yang besar pada perniagaan. Lihat sahaja jenama-jenama terkenal di dunia, semuanya mempunyai logo. Tanpa logo, tiadalah jenama.

Sekiranya anda menjalankan perniagaan, kecil-kecilan dan tidak mempunyai logo, atau logo yang anda miliki tidak memberi gambaran dan tanggapan professional untuk perniagaan anda, anda sebenarnya kerugian. Perniagaan anda akan dianggap kurang professional dan kepercayaan serta kredibiliti akan terjejas.

Seperti pesan Jutawan Internet, Irfan Khairi, beliau mengatakan simbol yang kecil, tetapi memberi impak yang besar kepada apa sahaja perniagaan. “Pastikan anda mempunyai logo untuk perniagaan atau perkhidmatan anda, tidak kira walaupun anda one-man-show.” Demikian katanya lagi.

Lihat sahaja syarikat gergasi HP yang mempunyai logo yang mudah, hanya bermula sebagai perniagaan kecil. Tetapi dengan logo mudah diingati itu membantu mempromosikan produk mereka di mana sahaja selain mudah diingati sesiapa sahaja.

Logo adalah imej pembayang atau simbolik suatu tanda yang mewakili asal usul, pengenalan sesuatu organisasi syarikat atau barangan. Logo diset dalam bentuk warna, dan tulisan tertentu yang memaparkan identiti sesuatu syarikat. Bentuk, warna dan tulisan ini berfungsi sebagai pencetus satu ingatan orangramai terhadap sesuatu syarikat atau barangan.

Logo juga merupakan elemen penting dalam penjenamaan. Logo dan identiti yang kuat berupaya dalam menarik keyakinan pelanggan dan seterusnya menonjolkan kekuatan sesebuah perniagaan atau barangan. Logo yang didaftarkan dengan pihak yang berwajib juga menyebabkan pihak ketiga yang tidak sah tidak boleh menggunakannya atau menggangu pemilih sah untuk menggunakannya. Logo yang sudah lama digunakan dan dipertahankan dengan betul, ia mampu menjadi harta hakmilik intelektual yang berharga.

Ramai orang menganggap sesuatu logo hanyalah satu simbol grafik atau tanda. Walau bagaimanapun, ini bukan definisi yang tepat bagi pereka grafik dan ahli professional pengiklanan. Sesuatu logo terdiri daripada samada nama dan lambing. Syarikat besar membelanjakan beratus ribu dollar untuk mengemaskini dan mendirikan logo mereka, sementara perniagaan-perniagaan kecil menggunakan khidmat pereka grafik tempatan untuk membina logo mereka.

Slogan Jenama

Kadangkala sesuatu slogan disertakan dalam logo. Jika slogan sentiasa ada dalam logo dan dalam bentuk grafik yang sama, ia boleh dianggap sebagai sebahagian daripada logo. Ia dianggap slogan jenama yang juga dipanggil claim, tagline atau endline dalam industri pengiklanan. Tujuan utamanya ialah menyokong identity jenama bersama-sama logonya. Perbezaan antara slogan dengan slogan jenama ialah slogan jenama kekal untuk masa yang lama untuk membina imej jenama manakala slogan yang berbeza dikaitkan dengan sesuatu produk atau kempen pengiklanan.

Logo dengan slogan jenama yang membantu menaikkan imej jenama. Nama syarikat tidak perlu disertakan kerana lambang ini sangat dikenali ramai. Langkah pertama anda adalah untuk mula membina jenama perniagaan anda, dan ianya boleh dilakukan dengan mempunyai logo perniagaan yang professional.

 

Jenis-jenis logo

Logo huruf (logo type);

• Terdiri daripada satu atau lebih huruf/abjad atau satu perkataan. Huruf yang dipilih biasanya singkatan (initial).

• Contohnya, ACER, SONY, CANON, HONDA, OLYMPUS, TV3, ASTRO dan sebagainya.

Logo representasi (pictogram);

• Dicipta berdasarkan rupa bentuk objek-objek di alam sekelilin.

• Bentuk asal dan gambar objek dipermudahkan untuk menghasilkan imej visual yang ringkas tetapi masih mengekalkan sifat-sifat asal objek itu

• Gubahan logo yang mudah, ringkas dan berkesan dapat menyampaikan mesej dengan jelas tanpa sebarang penerangan.

Logo simbol;

• Merupakan tanda yang dikenali antarabangsa kerana dapat menyampaikan mesej yang jelas tanpa mengira bahasa dan bangsa.

• Biasanya menggunakan rupa mudah sesuatu objek untuk mewakili perkara-perkara yang ada perkaitan dengannya.

 

Kepentingan logo

Kebanyakkan usahawan yang berjaya di seluruh dunia kebiasaannya mencipta logo untuk sesuatu produk. Kepentingan logo ialah untuk melambangkan kerja yang professional dan logo juga merupakan cara usahawan untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

Tahukah anda? Logo juga merupakan bentuk komunikasi di dalam bentuk visual dan secara tidak langsung ini akan memberi kepastian dan keyakinan kepada pelanggan. Tidak hairanlah jika kebanyakkan usahawan di dunia ini mencipta logo untuk sesuatu produk dan mencecah jualan produk berjuta-juta unit. Satu lagi kelebihan logo ialah pelanggan akan mudah mengingati produk kita.

 

Jadi jika anda ingin berjaya di dalam perniagaan dan seterusnya menjadi usahawan berjaya, ciptalah logo untuk produk anda.

Berikut adalah 3 tip rekacipta logo untuk perniagaan anda;

1. Pastikan rekacipta logo anda adalah professional. Logo yang tidak professional akan memberi tanggapan tidak professional kepada perniagaan anda. Logo merupakan hubungan pertama antara pelanggan dan jenama anda.

2. Rekacipta logo perlu mudah dan tidak terlalu kompleks. Sekali lagi, fikirkan logo-logo yang terkenal, kesemuanya mempunyai ciri rekacipta dan bentuk yang mudah (simple).

3. Hadkan warna untuk logo ciptaan anda. Logo-logo popular kebanyakkannya hanya menggunakan 2 hingga 3 warna sahaja. Ini memudahkan orang mengingati logo tersebut.

 

Disediakan oleh

Kamri Kamaruddin

Perunding Perniagaan

SC Creative Sdn Bhd

Categories
Uncategorized

Antara Penjenamaan dan Identiti

Mungkin masih ada yang terkeliru di antara penjenamaan dan identiti sesebuah produk dalam pemasaran. Perkara tersebut sebenarnya berada dalam kehidupan seharian cuma bergantung pada kepekaan kita untuk menyedarinya. Ia ada di pembungkus produk, laman web,  televisyen mahupun pada barangan peribadi seperti dokumen dan kad bisnes anda.

Contoh Logo Syarikat

Contoh Identiti Korporat (Letterhead, Kad Bisnes & sebagainya)

Secara mudah, penjenamaan adalah apa yang orang lain fikir tentang syarikat, perkhidmatan dan produk anda. Manakala identiti pula adalah apa yang ‘kelihatan’ dari jenama tersebut seperti logo, pemilihan warna dan sebagainya. Pemilihan bentuk, warna, font tulisan amat penting kerana ia akan digunakan dalam satu tempoh yang lama.

Logo-Logo Jenama Terkenal Dunia

 

Identiti Korporat

Kamus Dewan Edisi keempat mentakrifkan identiti sebagai sifat mahupun ciri-ciri yang terdapat pada sesuatu atau seseorang. Manakala korporat pula dikaitkan dengan syarikat atau perbadanan melalui imej sesebuah organisasi sebagai badan korporat yang sah disisi undang-undang.

Corporate identity adalah antara perkara penting untuk sesebuah syarikat dalam mengekalkan dan membina identiti syarikat sesuai dengan objektif perniagaan. Ia selalu divisualisasikan untuk menandakan syarikat tersebut seperti logo, design produk, slogan dan sebagainya.

Namun identiti korporat dalam pemasaran bukanlah sekadar logo dan nama sahaja. Ia digunakan sebagai satu komponen komunikasi dalam menerangkan identiti sesebuah syarikat. Perkara tersebut tentunya melibatkan konsep dan tema yang disasarkan oleh syarikat itu sendiri bagi menunjukkan ketidaksamaan identiti dan korporat dengan pesaing.

Dominasi Identiti Korporat Dalam Pemasaran

Dalam Corporate Identity: Making Business Strategy Visible Through DesignWally Olins (1989) menyatakan bahawa sesebuah organisasi haruslah mempunyai identiti tersendiri. Ia perlulah terang dan jelas supaya dapat menjadi kayu pengukur terhadap produk, gelagat dan tindakan yang dilakukan.

Whetten (1995) menganggap bahawa setiap organinasi yang berjaya membina identiti yang kuat pasti akan dapat mempengaruhi persepsi persekitaraan. Contohnya seperti Colgate, Maggi, Clorox dan Milo. Sebut sahaja jenama tersebut, pastinya semua golongan dari muda sehingga tua mengetahui tentangnya.

Malah terdapat juga produk yang sama walaupun jenama berlainan disebut dengan menggunakan jenama berkenaan. Contohnya, produk yang paling dekat dengan kita iaitu ubat gigi. Perasan atau tidak, memang terdapat pelbagai jenis jenama ubat gigi di pasaran, namun masyarakat kita tetap akan menyebut ubat gigi sebagai ‘colgate’, walhal Colgate adalah jenama!

Begitu juga dengan beberapa jenama lain yang kerap kali dipanggil sebagai nama produk. Identiti jenama yang kuat semestinya menjadi penyebab utama perkara sebegini terjadi.

Kuasa Identiti Korporat Naikkan Jualan Di Laman Web

Kali ini, Tams Idea telah bekerjasama dengan Narinar iaitu sebuah syarikat pengeluar produk essential oil yang di khaskan kepada kanak-kanak. Narinar fokus menghasilkan penawar untuk melegakan selsema anak kecil dan kian giat menambah solusi masalah kepada ketidakselesaan perut, susah tidur, dan lain-lain

Mana ada perniagaan yang tiada dugaan bukan? Begitu juga Narinar, mereka sentiasa merasai bahang persaingan dengan ‘kepesatan’ perniagaan baru yang menjual produk seakan-akan sama seperti mereka. Oleh itu, Tams Idea telah menambah nilai syarikat mereka dengan meningkatkan identiti korporat.

Salah satu caranya adalah dengan menggunakan laman web mereka. Tams Idea telah membantu dari segi rekaan laman web supaya nampak lebih ‘class’ dan ekslusif. Narinar menggunakan tema warna biru dan putih yang sinonim dengan kelembutan serta melambangkan ketenangan di samping menonjolkan sifat professionalism jenama berkenaan.

Landing page Laman Web Narinar

Bukan itu sahaja, font dan warna yang digunakan di Website Narinar sangat menonjol untuk memudahkan penggunjung untuk membacanya. Kami juga memasukkan serba-sedikit cerita (pengenalan) mengenai produk yang ‘ditawarkan’ oleh Narinar. Sesetengah perkataan kami bold untuk menarik lebih perhatian pengunjung untuk membacanya.

Selain itu, pihak Narinar turut memuatnaik video content mengenai inspirasi penghasilan produk. Video ini juga telah dihasilkan oleh pihak Tams Idea yang berdurasi selama 2 minit. Visual berkenaan menceritakan tentang Epilepsi anak kecil yang dapat memberi ilmu baharu kepada para ibubapa di samping memperkenalkan produk mereka sebagai solusi.

Video sebenarnya dapat menarik trafik supaya berada lebih lama dalam website tersebut. Ia juga dapat meningkatkan identiti korporat sesuatu jenama berbanding dengan jenama yang lain.

Narinar juga mempamerkan produk-produk yang ingin dijual. Perkara ini sememangnya akan memudahkan para pelanggan untuk membeli kerana susunan gambar tersebut kelihatan berwarna-warni dan menarik. Produk Essential Oil itu diletakkan label, pernyataan dan harga membuatkan pelanggan berasa lebih senang untuk berurusan.

Mereka hanya perlu klik ‘add to chart’ dan membuat pembayaran. Hal ini semestinya menaikkan identiti korporat Narinar kerana pelanggan tidak perlu berurusan lama dengan berapa individu dan memakan masa. Pelanggan akan bertambah yakin dengan jenama tersebut kerana mempunyai medium berautoriti seperti laman web.

Di bahagian bawah website berkenaan, Tams Idea telah mencadangkan untuk meletakkan logo medium promosi Narinar seperti akhbar mahupun di televisyen. Apabila melihat logo terkenal seperti di atas, kepercayaan para pelanggan tentunya akan bertambah.  Ini dapat menukar lebih ramai penggunjung laman web kepada pelanggan kerana rasa teruja ingin mencuba sendiri ‘keajaiban’ produk tersebut.

 ‘Tembusi’ Semua Medium Untuk Tingkatkan Identiti Korporat 

Seorang peniaga perlulah ‘rajin’ menggunakan semua medium dan cara untuk menaikkan lagi brand awareness. Laman web perlu ‘dibina’ untuk menonjolkan nilai eksklusif serta mengukuhkan lagi identiti korporat jenama tersebut. Prospek juga akan lebih  yakin untuk berurusan dan bekerjasama dengan brand anda.

Tidak mustahil jenama anda akan menjadi jenama besar yang sentiasa disebut-sebut suatu hari nanti. Jangan berasa malu mahupun rendah diri sekiranya anda mempunyai perniagaan kecil kerana terdirinya menara hanya bermula dari sebutir pasir. Oleh itu, usahalah supaya peniagaan anda dikenali dan jenama anda dipercayai menggunakan kaedah atau teknik yang betul.

 

-sumber tamsidea.co

Categories
Uncategorized

7 Perkara Penting Untuk Anda Lakukan Untuk Jenamakan Perniagaaan Anda

Apabila kita hendak meletakkan jenama untuk syarikat atau perniagaan kita, benda yang pertama kita fikir adalah bagaimana untuk menjadikan perniagaan kita hebat dan berkualiti. Ingat sahaja tentang jenama hebat mesti kita terfikir tentang jenama Coca-Cola, Pepsi, Nike, Puma, Adidas dan sebagainya.

Tetapi sebagai seorang yang ingin melakukan perniagaan kecil, semestinya kita takut untuk melakukan pelaburan sehingga impian untuk meletakan jenama yang hebat pada perniagaan kita sia-sia sahaja.

Sebenarnya lebih mudah untuk kita lakukan daripada kita bayangkan. Tetapi kita lebih banyak melakukan kesilapan yang tak disangkakan. Untuk melakukan penjenamaan antara beberapa perkara yang kita patut lakukan adalah :-

1. Memahami peranan dan kuasa jenama. Misalnya pembelian kasut dalam talian. Bila kita bercerita pasal kasut online benda yang terfikir dalam kepala adalah kasut zalora. Itu adalah peranan kuasa jenama apabila terfikir sahaja tentang barangan yang hendak dibeli terus terfikir tentang jenama itu.

Menentukan jenama anda juga penting dari perspektif SEO (Search Engine Optimization). Google akan menaikkan senarai carian kita di tangga teratas sekiranya ramai yang klik pada jenama kita dan gemar untuk mengunakan jenama kita sebagai carian online/talian. Lebih banyak klik maka ramai pelanggan yang gembira dengan kehadiran jenama kita. Maka hasil carian jenama dan web akan lebih tinggi tanpa kita sedari.

2. Menetapkan identiti jenama yang dibina. Jadi anda tahu bahawa anda boleh mengembangkan jenama anda tetapi bagaimana? Apa sebenarnya yang diperlukan untuk meletakkan identiti pada jenama kita? Berikut adalah senarai perkara yang perlu anda perlu ambil berat.

i) Logo (Logo perlu ada tak kisah murah atau mahal asalkan ada konsep yang diketengahkan dan orang tahu logo kita berkaitan apa. Ambil yang profesional pun boleh asalkan membantu kita menjenamakan perniagaan kita, mereka lebih arif).
ii) Warna Jenama (Warna penting tengok contoh McD warna jenama adalah merah dan kuning)
iii) Taglines (Abam Dherbs guna terlajak laris , orang kenal dan tahu sebut je terlajak laris kenal produk dah)
iv) Jenis tulisan, pastikan anda gunakan 1 jenis tulisan untuk dikenalpasti awam. Jangan guna banyak-banyak akan mengelirukan orang awam.
v) Suara pelik yang akan keluar dalam radio dan tv dan beberapa iklan dalam media sosial. Orang senang ingat senang tahu apa perniagaan kita.
vi) Letak satu maskot ataupun jurucakap. Mungkin kita sendiri jadikan diri kita senang diingati kepada awam.
Senarai ini adalah beberapa jenis yang perlu anda tahu dalam menjenamakan perniagaan anda. Tanpa list diatas penjenamaan anda akan kurang konsistensi dan arah yang diperlukan untuk berjaya. Sekiranya ada pendapat yang lain tambah supaya setiap info akan kita gunakan untuk kekalkan konsistensi untuk berjaya.

7 Stupid Branding Mistakes Your Small Business is Making

3. Mengekalkan imej jenama anda. Lihatlah bagaimana logo klasik Coca Cola telah berubah dari asalnya pada tahun 1887. Walaupun ada sedikit perubahan, rupa dan konsep masih lagi kekal setelah lebih dari 127 tahun.

Peniaga-peniaga kecil boleh belajar pelajaran dari gergasi industri minuman ini. Apabila memulakan proses penjenamaan, pastikan ia tidak terlalu banyak perubahan dari asal. Untuk logo pula anda tidak perlu melibatkan enam warna yang berbeza, dan ia tidak perlu mempunyai unsur grafik dari individu yang berbeza dan berlainan dari syarikat anda. Unsur bersih dan kemas lebih cenderung untuk diingati oleh pengguna, elakkan menjenamakan syarikat anda dengan pelbagai benda-benda rumit contoh tagline rumit dan logo susah diingati.

4. Jangan melompat ke perangkap penjenamaan yang samar-samar. Jangan kita pergi ke arah bertentangan dari garis panduan jenama kita. Misalnya kita tertarik dengan konsep best-selling book dan dari agensi “pemenang anugerah” sebenarnya tidak bermakna apa-apa. Itu cara mereka menarik kita untuk membeli jenama mereka supaya dijadikan contoh, itu adalah cara marketing mereka.

Daniel Burstein, pengarah MECLABS menyatakan penulisan ini adalah omong kosong dan samar-samar sahaja. Kita patut kekalkan dimana kita bermula dan tidak terpesong dengan omong kosong yang ditulis oleh agensi-agensi berikut.

JADI APA PENYELESAIANNYA? Penggunaan bahasa, logo dan imej yang jelas adalah paling penting dalam membuat jenama kita.

5. TIDAK MENIPU pada garis panduan jenama anda. Anda telah membuat garis panduan yang teliti dan mulakan sasaran pemasaran anda akan tetapi setelah dua bulan anda tukar cara pengiklanan anda menambah sedikit warna dan konsep di luar dari jenama anda.

Bolehkah kita lakukan? Sudah tentu boleh tetapi perlu diingati setiap kali kita menyimpang kita akan mengurangkan kuasa jenama anda sedikit demi sedikit kerana anda memperkenalkan jenama yang baru pula kepada pelanggan anda.

6. Menghalang penggunaan jenama anda. Membangun dan melaksanakan garis panduan jenama perniagaan kecil anda hanya separuh perjalanan perniagaan kita. Di samping itu, anda harus proaktif mengenai pemantauan di mana dan bagaimana orang lain menggunakan unsur berjenama anda bagi pihak anda. Jika tidak, anda boleh mempunyai pesaing yang membuat logo yang kelihatan serupa, laman web semakan menggunakan logo anda dan tidak menyambung semula atau rakan kongsi menerbitkan iklan yang memaparkan logo anda tetapi dengan warna yang salah.

Sesetengah isu ini mungkin kecil, tetapi dalam situasi lain, mungkin diperlukan tindakan undang-undang.

7. Jangan melakukan perubahan jenama dengan buruk. Tidak ada yang salah dengan penjenamaan semula tetapi ingatlah apa-apa perubahan yang anda buat pada jenama anda mestilah mantap supaya manfaatnya benar-benar melebihi risiko kehilangan perniagaan. Jika anda membuat keputusan untuk membuat perubahan, anda perlu mendidik pengikut anda dengan jelas mengenai perubahan yang anda buat.

Walaupun penjenamaan sudah lengkap, disiplinkan diri dengan pemasaran yang konsisten dan tidak terlalu rumit. Semoga kita semua berjaya dalam dunia perniagaan ini.